? ??????????????Lots Of Stars? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (14 Ratings)??14 Grabs Today. 1798 Total Grabs.
??????Get the Code?? ?? ?????Depths? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (12 Ratings)??14 Grabs Today. 5955 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Shimmers? ????? ?????? ???Rating: 4.6 (30 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

About Me

My photo
KiTa TiDaK MuNgKiN BeRJaYa uNTuK aMBiL HaTi SeMua oRaNg....TAPI PeRKaRa PaLiNg PeNTiNg iaLaH KiTa PeRLu BeLaJaR uNTuK MeNGaMBiL HaTi KiTa SeNDiRi DaN ORaNg LaiN...('',)

Friday, May 15, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Monday, May 11, 2009

assalamuailaikum...

sudah sekian lama..barulah saya dapat menulis semula dalam blog nie

Sunday, April 5, 2009

REFLEKSI ANDA


Anda dikehendaki untuk membuat refleksi terhadap soalan-soalan yang dikemukakan di dalam blog anda sendiri. Penilaian akan dibuat berdasarkan cara anda melakukan refleksi atau dalam erti kata yang lain cara anda menjawab soalan-soalan refleksi berikut:


Refleksi 1:

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?



Refleksi 2:

Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?



Refleksi 3:

Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.

1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?



Refleksi 4:

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?




Refleksi 5:

Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sekian. Harapan saya agar anda dapat memberikan pandangan yang bernas dan kreatif.

REFLEKSI 1

Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?


Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuannya sendiri bagi mencapai keseimbangan dalam pelbagai kemajuan dari aspek politik, pendidikan, ekonomi, sosial, kerohanian dan kebudayaan menjelang tahun 2020. Selain itu, Malaysia berhasrat untuk menjadi negara yang masyarakatnya bersatu padu, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas dan berdaya saing.


Dalam hasrat mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia kini berada pada pertengahan dan memasuki fasa 15 tahun kedua. Sepanjang tempoh fasa 15 tahun yang pertama, Malaysia mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun begitu, perubahan pesat dunia hari ini lebih-lebih dalam era globalisasi menuntut Malaysia untuk segera mengambil inisiatif supaya mampu bersaing ke tahap yang maju. Fasa itu juga mengetengahkan bidang pendidikan bagi melakukan anjakan paradigma untuk mencapai status negara maju dan membangun yang dicita-citakan.


Jesteru itu, bagi memenuhi hasrat ini, bidang pendidikan diberi keutamaan dalam melahirkan generasi yang mempunyai modal insan kelas pertama. Ini kerana mereka merupakan aset yang berharga dalam negara. Tugas membentuk dan mendidik pelajar ke arah mempunyai ilmu pengetahuan, sahsiah yang baik serta berketerampilan merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru. Guru merupakan momentum ke arah pembentukan peribadi pelajar.


Antara lain, kepesatan dan pembangunan ICT, menuntut guru mengambil inisiatif dalam mengaplikasi penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan ICT dalam pengajaran dapat menarik minat pelajar dalam terus leka di alam pengajaran dan pembelajaran jika guru itu kreatif dan bijak menggunakannya.


Kemahiran abad ke 21, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya terhad dan berfokuskan kepada guru semata-mata. Sebaliknya proses pengajaran dan pembelajaran perlu berfokus kepada guru dan murid. Dengan kata lain, proses P&P perlu juga mempunyai penglibatan murid dalam mengutarakan pandangan dan cadangan. Sebagai contoh proses pengajaran dan pembelajaran melalui talian @ e-Learning memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri.


Kesimpulannya, dalam menongkah arus globalisasi dalam bidang pendidikan menjadikan jaringan ilmu begitu mudah untuk diakses dan diperolehi agar menjadi panduan dan rujukan kepada segenap lapisan khususnya melalui penggunaan ICT. Oleh itu, guru perlu bijak dan kritis dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran agar ia tidak terhad dan berpusatkan kepada guru tetapi dirasai dan dikongsi bersama pelajar.

REFLEKSI 2


Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?


Penggunaan ICT dewasa ini menjadikan kita semua mendapat faedah dan maklumat yang dikehendaki. Penggunaan ICT diterima dan digunakan pada hari ini dan menjadikannya sebagai alat yang penting dalam sesuatu organisasi lebih-lebih lagi di sekolah dalam mengakses maklumat.


Sekiranya saya berpeluang mengajar di sekolah bestari, antara langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah ialah:


Pertama : Mengadakan program releksi dan kesedaran penggunaan ICT di sekolah. Melalui program dapat saya menyatakan kepentingan dan kemudahan penggunaan ICT dalam pengajaran. Ini kerana melalui pengunaan ICT bukan sahaja menarik minat untuk mengikuti pembelajaran tetapi juga dapat mengukuhkan dan mengembangkan ilmu berkaitan penggunaan ICT dalam kelas. Secara tidak langsung ia menjadikan seseorang itu mahir dalam mengendalikannya.


Kedua : Bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam kelas. Dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam pengajaran, guru sebagai perlaksana memerlukan keterampilan dalam mengintegrasikan ICT dari sudut menggunakan teknologi dan mengajar menggunakan teknologi tersebut. Dalam memastikan guru mahir dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi, pihak sekolah perlu berusaha secara proaktif dengan menghantar guru-guru mereka menjalani latihan berkaitan dengan ICT. Dalam mengintegrasikan ICT dalam kelas, guru perlu bijak menggabungkan penggunaan bahan multimedia dan bahan bercetak di dalam kelas. Sekiranya seseorang guru itu dapat mengintegrasikan dengan baik sekali di antara penggunaan bahan bercetak dan multimedia, nescaya pembelajaran akan menjadi suatu pembelajaran yang indah, menyeronokkan, efektif, dan penuh bermakna. Ini seterusnya akan menanamkan perasaan atau semangat minat terhadap mata pelajaran yang diajar dalam diri seseorang pelajar itu.

REFLEKSI 3

Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.


1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?


Antara ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada diri dalam membolehkan saya mengawal proses pembelajaran secara talian ialah:


Pertama : Saya dapat berpeluang membuat satu blog untuk dijadikan rujukan dan panduan untuk saya dan rakan-rakan dalam mengekses seberapa maklumat dalam internet. Dengan ini, ia bukan sahaja memberi manfaat terhadap saya seorang tetapi semua orang berpeluang untuk mendapatnya. Selain itu, melalui blog ini dapat dijadi ruang ilmu dan perkongsian pintar di antara saya dan pengguna yang lain.


Kedua : Boleh bekerjasama dan bertukar pandangan dalam menyediakan satu CD koswer intekratif didalam kumpulan. CD koswer yang dibangunkan oleh saya dn rakan-rakan dapat mempeluang kepada diri saya untuk lebih tampil kreatif dan kritis dalam menyusun atur kandungan-kandungan dan elemen yan diperlukan untuk menjadikannya tampak menarik dan efektif.


Ketiga : perasaan ingin mencuba sesuatu dan semangat inkuiri terhadap perisian-perisian yang di ajar. Contohnya snagIT, Ulead, adobe photoshop dan sebagainya. Selain itu, saya juga berkemahiran dalam mengguna perisian adobe photoshop walaupun sekadar asasnya saja.



2. Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?


Melihat kepada senario dan corak pembelajaran yang saya alami di kelas Multimedia Dalam Pendidikan, bahan atau smber yang disediakan oleh pensyarah memadai dan rasa berpuas hati. Ini kerana bahan-bahan atau sumber yang disediakan seperti nota-nota kuliah, perisian-perisian yang digunakan seperti snagIT, Ulead, macromedia dan sebagai membolehkan saya mencuba dan mengaplikasikan dalam membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan multimedia. Dengan itu, bahan-bahan yang dipelajari bukan sekadar untuk untuk mengetahui tetapi member manfaat kepada saya dan rakan-rakan dalam mengaplikasikannya di masa praktikum dan mengajar nanti.



3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?



Perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seseorang guru untuk membantu murid meningkat kawalan proses pembelajarannya secara atas talian ialah:


Pertama : Membuat perancangan dan persediaan terlebih dahulu. Seseorang guru itu perlu tahu da jelas dengan objektif pengajaran yang ingin diajar kepada murid pada hari tersebut. Hal ini penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran secara talian tidak memberi kesan terhadap tingkah laku murid seperti bosan dan tidak mengikut proses pengajaran dan pembelajaran.


Kedua : Menyediakan nota di dalam talian contohnya didalam blog dan menyediakan link-link website berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar kepada murid. Ini penting agar murid tidak beralih pendangan atau terpinga-pinga dengan apa dipelajari. Hal ini penting kerana nota tersebut dia dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka untuk lebih memahami skop yang hendak diajar oleh guru.


Ketiga : membuat perisian pembelajaran secara interaktif kepada murid. Contoh menyediakan koswer CD-ROM interaktif yang menarik kepada murid.secara tidak langsung murid bukan sekadar dapat belajar dan mengakses didalam kelas, tetapi boleh membuat feedback tentang matapelajaran yang dipelajari disekolah.


Keempat : Perkara yang terpenting dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian ialah seseorang guru perlu alert dan sentiasa bermundar mandir ke meja murid agar mereka tidak melakukan perkara yang membolehkan mereka tidak mengikuti pengajaran. Antara lain guru perlu sentiasa bersoal jawab dan berpusatkan kepada murid supaya pembelajaran menjadi efktif dan memberi makna kepada mereka.

REFLEKSI 4

Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:


1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?



Untuk yang pertama kalinya, saya begitu teruja apabila diberitahu bahawa saya dan rakan-rakan perlu menyiapkan satu courseware untuk digunakan semasa mengajar. Hal ini kerana, saya merasakan ini sesuatu yang baru dalam hidup saya untuk cuba meyediakan courseware yang menarik dan bermakna . Tetapi kekadang tu, timbul perasaan ragu-ragu, resah dan takut nak memulakan projek courseware. Hal ini kerana, kami diberitahu supaya membuat storyboard dengan memasukkan elemen-elemen multimedia.

Pada masa itu, mulalah saya bertanya dengan ahli kumpulan macam man kami nak merangka storyboard dalam menghasilkan courseware interatif. Saya dan kawan-kawan mula merujuk contoh pembinaan pembinaan storyboard dalam buku-buku multimedia. Sehinggalah ustaz menunjukkan dan menjelaskan contoh storyboard, barulah saya faham apa itu storyboard....


Seterusnya, pada peringkat permulaan, saya dan ahli kumpulan yang lain masih lagi dalam keadaan pening-pening lalat untuk membuat design dan skrip storyboard yang mudah difahami, menarik, teratur dan efektif. Tetapi sebelum menentu perisian, design dan skrip story board yang hendak dilakukan, saya dan ahli kumpulan terlebih dahulu mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang telah kami pilih iaitu ibadat haji dan perlaksanaan haji. Bahan-bahan dan maklumat yang kami cari bukan hanya terikat dengan bahan bercetak seperti buku, tetapi kami mengakses didalam laman web yang berkaitan.


Seperkara lagi, untuk menyiapkan courseware yang menarik, ia bukan sesuatu yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ini kerana perancangan demi peranganan, strategi demi strategi perlu dikenalpasti dalam membuat dan membina skrip storyboard yang menarik dengan mengabungkan elemen-elemen multimedia yang lain seperti video,audio, animasi, dan grafik. Selain itu, pemilihan latarbelakang, warna, tulisan, audio, video, dan grafik perlu bersesuaian supaya tidak namapak kabur, kurang menarik, blur, dan lain-lain.



Akhirnya, saya dan ahli kumpulan sudah nampak jalan macam mana nak buat courseware, kami kembali bersemangat dan teruja . Sampaikan kami semua tidak cukup tidur kerana hendak menyiapkan koswer tersebut. Walau macam mana sekali pun, kami bersyukur kerana dapat menyiapkan satu CD courseware dalam bentuk perisian macromedia flash didalam masa yang ditentukan dan sesungguh pengalaman ini membuatkan saya ingin menyedia lagi CD courseware untuk pelajaran yang lain. Penyediaan dan pembikinan courseware ini membolehkan saya dan rakan-rakan mengetahui alat-alat dan perisiaan yang digunakan untuk membinanya. Secara tidak langsung, membolehkan saya mengaplikasikan berulang kali semasa mengajar nanti.



2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?


Secara peribadi, saya mengatakan YA. Ini kerana dengan mengguna courseware ini semasa dalam latihan mengajar, saya tidak perlu bersusah payah untuk menyiapkan bahan pengajaran untuk digunakan semasa mengajar dalam kelas. Dengan menggunakan courseware, secara tidak langsung ia bukan sahaja menjimatkan tenaga dan mudah untuk diguna tetapi ia memberi peluang kepada murid saya untuk melakukan ulang kaji semasa di rumah. Tetapi ini tidak bermakna saya menolak seratus peratus penggunaan bahan pengajaran secara tradisional tetapi adalah lebih baik sekiranya pembelajaran secara talian dimanfaatkan. Harus diingat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar samada secara tradisional mahupun moden bukan ukuran dalam aspek kefahaman murid tetapi strategi yang baik, menarik dan bersesuai dapat memberi kefahamam kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?



Sekiranya saya fasilitator/tutor dalam kelas ini, saya akan mengekalkan cara yang sama dalam aspek membuat penilaian berasaskan bintang. Saya berpendapat bahawa melalui penilaian secara ini selain memudahkan penilai dalam membuat penilaian, ia boleh dikata menjimat masa dan tenaga penilai. Ini kerana dalam membuat sesuatu penilaian, secara peribadinya saya menyukai penilaian sedemikian kerana ia tidak perlu menilai secara bertulis dan mengulas pandangan hanya sekadar menentukan bintang yang perlu dan layak kepada orang yang dinilai. Selain itu, penilaian berasakan bintang mengikut skala likert iaitu, sangat tidak setuju(STS), tidak setuju(TS), setuju (S), sangat setuju (SS).

REFLEKSI 5


Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?



Selama 14 minggu, saya mengikuti kursus ini, saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada ustaz Azlan kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta menjadi fasilitator/tutor yang baik kepada kami semua. Walupun kadang kala, kelas ini agak membosan, ia bukan disebabkan oleh penyampaian ustaz tetapi kerana faktor-faktor sekeliling seperti mengantuk, letih dan sebagainya. Tetapi keadaan ini dapat ditangani kerana sukatann pelajaran yang di ajar dalam subjek multimedia dalam pendidikan islam semakin hari semakin menarik minat saya untuk mempelajari dan mempratikkan penggunaanya.



Bagi saya, sukatan pengajaran multimedia mengikut kesesuaian dengan tempoh pengajaran dalam masa 14 minggu. Cara penyampaian dan pengajaran ustaz memuaskan saya kerana mengikut step by step dan sistematik. Selain itu, saya dapat mempelajari sesuatu yang agak baru dan menarik minat saya untuk mencuba dan mempratikkannya.



Dari aspek tugasan pula, saya rasakan skopnya terlalu besar dan banyak , ini kerana saya merasakan demikian disebabkan oleh faktor diri sendiri seperti kekangan masa dan bebanan tugas yang lain. Tetapi saya berfikir bahawa semua itu bukan penghalang untuk saya menyiapka tugasan walaupun di saat akhir kerana saya sedar bahawa ini adalah tanggungjawab saya dan saya perlu bijak mengatasinya.



Akhir sekali, saya berpuas hati dengan sukatan pelajaran ini dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana sudi menjadi fasilitator dan membimbing kami dalam memperkenalkan suatu perisian yang baru untuk kami semua menggunakan dan mempratikkannya bermula dari saat ini….

Sunday, March 22, 2009

ReNuNGaN BeRSaMa.....


Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Apabila zaman telah dekat, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan tidak ada rasa kasih sayang kepada anak yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai sehingga laki-laki menyentap perempuan di jalan. Mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala”.
Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim.


Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Jihad yang paling utama adalah memerangi dirimu dan hawa nafsu di jalan Allah”.
Hadith Riwayat Dailani.

Thursday, March 12, 2009

WELCOME

WELCOME TO MY BLOG